Kahwin Untuk Lahirkan Pejuang Palestin

Aida al-Qaddumi, 22 tahun, anak Palestin berkahwin minggu ini selepas beberapa minggu Gaza diserang tentera Yahudi. Tiada keraian, tiada majlis resepsi, tiada tajaan astro untuk perkahwinannya.

“Saya kehilangan abang dan beberapa sepupu. Kebanyakan keluarga kehilangan anak,” Katanya.

Perkahwinan beliau adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan ‘pejuang’ dan hanya mahukan beliau mati sebagai seorang ‘syahid’ di Israel.

Tiga minggu serangan maut Israel terhadap Semenanjung Gaza memaksa perkahwinan beliau yang sepatutnya berlangsung 7 Januari lalu ditangguhkan, tetapi tidak sedikitpun mengubah keinginan itu. Pengantin perempuan itu, sebaliknya tetap ke sebuah salun kecantikan di daerah tengah bandar, Rimal untuk dandanan rambut dan solekan sempena hari bersejarahnya Khamis lalu.

Manakala, pengantin lelaki, Fadel al-Ghul, yang   juga   adik   Menteri   Kehakiman Hamas menjemput beliau beberapa jam selepas itu.

Kedua mereka bersetuju sebagai menghormati kematian lebih 1,300 penduduk Palestin di Gaza untuk tidak mengadakan sebarang acara keraian mengikut tradisi mereka sempena perkahwinan kedua pasangan itu.

Selain angka kematian yang dahsyat itu, dewan perkahwinan yang sepatutnya disewa untuk majlis keraian pula musnah akibat bedilan bom Israel.

Di salun, Aida ditemani rakannya yang bertudung litup dari kepada hingga hujung kaki yang hanya duduk di satu sudut. Pengantin perempuan mengenakan gaun labuh dihiasi labuci perak dengan wajahnya ditutup.

Dengan suara perlahan, Aida menyatakan rasa gembira untuk berkahwin, tetapi sedih dengan kehancuran dan kematian yang berlaku.

Kuarters Shujaiya yang menjadi tempat tinggal beliau adalah kubu kuat Hamas yang menjadi sasaran utama serangan tentera Israel. Berpuluh-puluh penduduk kebanyakannya adalah orang awam terbunuh, manakala puluhan rumah musnah.

Mengikut adat tempatan, pasangan baru itu akan tinggal di rumah keluarga suami di daerah Nasser.

“Ketika serangan, beberapa bangunan di sekeliling kami dibom. Syukur kepada Tuhan, rumah kami tidak kena bom. Kami tinggal dalam ketakutan setiap hari,” kata Aida.

Ketika ditanya impian kehidupan beliau, Aida hanya berkata: “Kehidupan saya di tangan Tuhan”. Bagaimanapun setiap kali menyebut Israel, wanita itu meninggikan suaranya.

“Mereka adalah pembohong. Tiada senjata di masjid atau sekolah, tetapi mereka masih mengebom di sana. Mereka membunuh kanak-kanak. Seluruh dunia melihat gambar, tetapi langsung tidak berbuat apa-apa”, katanya.

Israel mendakwa, pejuang Hamas bersembunyi di kalangan penduduk awam untuk melancarkan roket dan menyimpan senjata di masjid.

Aida berkata, anak beliau akan dibesarkan untuk menghormati Islam dan diajar dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah.

“Saya mahukan anak saya menjadi pejuang di jalan Allah. Jika saya diberi peluang, saya akan mati ketika satu operasi di Israel”, katanya.

Fadel, 35, tiba tidak lama selepas itu memakai sepasang sut gelap. Beliau bekerja selama beberapa tahun dengan sebuah pertubuhan kebajikan utama yang ditubuhkan oleh pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin pada 1970-an.

Menentang Israel adalah satu tugas, kata Fadel. “Kami tinggal di tanah kami, tanah yang dipenuhi pejuang. Mereka mahu membunuh kami tetapi kami akan bunuh mereka terlebih dulu.

“Ketika operasi mereka akan memusnahkan bangunan, masjid dan rumah tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan kumpulan yang membawa penentangan.

Komentar (penulis artikel):

  1. Tujuan perkahwinan yang cukup berbeza di antara penduduk Palestin dan penduduk Malaysia.
  • Perkahwinan yang diberkati ialah yang murah dan mudah, bukannya penuh pembaziran yang digemari syaitan.
  • Wanita Palestin lahirkan pejuang.
  • Suasana sekeliling membentuk jiwa kental seorang wanita Palestin, berbanding suasana mewah dan penuh hiburan di Malaysia.
  • Jihad di bumi Palestin tak akan padam sehingga Nabi Isa turun membunuh Dajjal (Yahudi menjadi pengikutnya paling ramai)
  • Ribuan yang dibunuh, ribuan pula akan lahir insyaAllah meneruskan jihad.
  • Cukup teruja ketika membaca artikel ini. Seakan membaca kisah para Sahabat lampau di zaman Rasulullah s.a.w.”

Sumber: http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1836& mode=thread&order=0&thold=0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s