KISAH SAUDARA BARU BERBANGSA INGGERIS, PERCERAIANNYA TIDAK MENYEBABKANNYA MENINGGALKAN ISLAM

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Minggu lepas media massa antarabangsa melaporkan bahawa bilangan saudara baru di England meningkat dengan pesat, meskipun agama Islam di negara itu, seperti umumnya di negara-negara Barat yang lain, digambarkan secara negatif dan mencurigakan masyarakat.

Banci yang pernah dilakukan di seluruh wilayah England mendapati bahawa pertambahan saudara baru adalah antara 14,000 hingga 25,000 orang. Tapi sebuah kajian terbaru yang dijalankan oleh pertubuhan “think-tank” antara agama, Faith Matters menyebut bahawa jumlah saudara baru di England adalah lebih besar dari anggaran selama ini. Menurut pertubuhan itu, jumlah saudara baru di England mencapai 100,000 orang, dimana setiap tahun dianggarkan 5.000 penduduk England memeluk agama Islam.

Jumlah itu lebih tinggi dibandingkan dengan jumlah orang yang memeluk Islam setiap tahun di Jerman dan Perancis. Di kedua-dua negara tersebut, dianggarkan hanya 4,000 orang yang mengucapkan syahadat setiap tahun.

Yang unik dari rekod saudara baru di England, kebanyakan dari mereka adalah kaum wanita. Salah seorang dari wanita Inggeris yang memilih agama Islam adalah Chaterine Heseltine, seorang pensyarah di sebuah kolej jururawat di London Utara. Meskipun beliau masuk Islam kerana perkahwinan dengan seorang pemuda muslim, Heseltine mendalami Islam dengan serius. Ketika perkawinannya gagal, Heseltine tetap teguh dengan keislamannya. Dia mengaku bahawa agama Islam telah memberikan arah tuju bagi kehidupannya sekarang, dan Heseltine tidak malu untuk mematuhi ajaran Islam seperti menutup aurat, mengenakan jilbab.

Heseltine masih muda, usianya baru 31 tahun. Beliau dibesarkan di London Utara dalam keluarga yang tidak mengamalkan apa-apa ajaran agama. Heseltine memilih untuk menjadi seorang penganut agnostik, sehingga akhirnya beliau menemui Islam dan mulai mempelajarinya kerana rasa ingin tahu.

“Kalau anda bertanya ketika saya berusia 16 tahun, apakah saya ingin menjadi seorang muslim, saya akan menjawab, “Tidak sekali-kali”. Pada masa itu saya berseronok minum-minum dan mabuk, berpesta dan berpeleseran bersama kawan-kawan”, Heseltine mengimbau kembali tentang zaman remajanya.

“Dibesarkan di London Utara, kami tidak pernah mengamalkan apa-apa ibadah keagamaan di rumah. Saya berpendapat bahawa agama itu ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan lagi”, ujarnya.

Heseltine kemudiannya bertemu dengan seorang pemuda Islam yang dipanggilnya Syed. Pemuda muslim – yang kemudiannya menjadi suaminya – inilah yang mengubah pandangannya tentang agama. “Dia masih muda, seorang muslim, percaya pada Tuhan. Dia berbeza dengan anak-anak muda lain, dia tidak minum mimuman keras”, Heseltine bercerita tentang Syed.

Beliau meneruskan, “Sebelum bertemu Syed, saya tidak pernah peduli apa kepercayaan saya. Saya memilih menjadi seorang agnostik”.

Heseltine dan Syed akhirnya jatuh cinta. Namun Heseltine sedar, dia tidak boleh hidup bersama Syed nanti jika Syed seorang muslim dan dia bukan muslim. Sejak itulah mulai timbul rasa ingin tahu tentang Islam dan dia mula membaca buku-buku tentang Islam, termasuk terjemahan Al-Quran.

“Pada mulanya, saya tertarik kepada Al-Quran hanya kerana nilai intelektualnya saja, tetapi tidak di segi emosi dan kerohanian. Saya kagum dengan penjelasan Al-Quran tentang alam semesta. Saya kagum bahawa 1.500 tahun lalu, Islam telah memberikan hak-hak pada perempuan, yang tidak dimiliki perempuan di Barat”, ungkap Heseltine.

“Agama bukan isu yang ‘mudah’ untuk dibicarakan; saya berusaha menjaga minat saya pada Islam selama tiga tahun. Di tahun pertama pengajian, saya dan Syed memutuskan untuk berkahwin, dan saya tahu inilah saatnya saya memberitahu pada kedua orang tua saya”, sambungnya.

Kedua orang tua Heseltine tidak terlalu teruja mendengar rancangan pernikahan itu. Mereka melahirkan kebimbangan puterinya akan menjadi seorang Islam selepas berkahwin. Ibu bapa Heseltine membayangkan hal-hal negatif tentang kedudukan perempuan dalam kehidupan berumah tangga keluarga muslim. “Tidak bolehkah kamu tinggal bersama dahulu (tanpa ikatan pernikahan)?”, cadang ibu Heseltine supaya anaknya mempraktikkan “tradisi” biasa orang Barat ini.

“Tidak seorang pun mengetahui betapa seriusnya saya untuk menukar agama. Ramai orang menyangka bahawa saya masuk Islam hanya untuk menggembirakan keluarga Syed, bukan kerana saya yakin dengan agama itu,” kata Heseltine.

Heseltine dan Syed tetap menikah dengan adat Bengali. Mereka kemudiannya tinggal di sebuah flat. Di awal perkahwinan, Heseltine belum bercadang untuk memakai jilbab, dia hanya mengenakan selendang atau topi. Berangsur-angsur, Heseltine mula menjalani cara hidup sebagai seorang muslimah. “Saya ingin orang menilai kebolehan dan karakter saya, bukan kerana penampilan saya,” tegasnya.

Sebagai orang yang tidak pernah terlibat dengan gerakan agama, apalagi komuniti agama yang menjadi minoriti di negaranya, Heseltine mengakui terpaksa melakukan penyesuaian diri yang besar. Beberapa kawannya terperanjat bila mengetahui Heseltine menjadi seorang muslimah, tetapi sebahagian lagi boleh menerima ‘identiti’ barunya itu.

“Apa, tidak mabuk, tidak ambil dadah, tidak berpacaran? Saya tidak mampu melakukannya”, kata seorang kawan Heseltine yang terkejut mengetahui Heseltine sudah menganut agama Islam. Bukan itu sahaja, banyak kali Heseltine mengingatkan kawan-kawan lelakinya agar tidak lagi mencium pipinya ketika bertemu. “Saya perlu mengingatkan, “Maaf, ini adalah budaya seorang muslim”, ujarnya.

Waktu berjalan, Heseltine menjadi lebih mantap dalam beragama berbanding Syed, suaminya. Muncul perbedaan-perbedaan di antara keduanya sehingga Heseltine berfikir bahawa kehidupan berkahwin adalah sesuatu yang berat bagi Syed. Syed makin menjauh dan hubungannya dengan Heseltine makin renggang. Setelah tujuh tahun menikah, perceraian tak mampu dielakkan lagi. Selepas bercerai, Heseltine kembali kepada orang tuanya.

“Ketika saya pulang ke rumah orang tua, semua orang sangat terkejut kerana saya masih mengenakan jilbab walau kemana-mana saya pergi. Jika ada satu perkara yang menguatkan keimanan saya, saya merasakan sendiri agungnya menjadi seorang muslim yang merdeka, bebas dari bayang-bayang seorang Syed,” ujar Heseltine.

“Islam telah memberi saya makna dan hala tuju dalam kehidupan ini. Saya melibatkan diri dengan organisasi “Muslim Public Affairs Committee” dan ikut berkempen melawan Islamofobia, melawan diskriminasi terhadap perempuan, berkempen untuk menghapuskan kemiskinan dan juga berkempen untuk menyokong rakyat Palestin”.

“Ketika ramai orang menyebut kami sebagai ‘pelampau’, saya anggap sebutan itu sangat bodoh. Banyak isu-isu yang ada dalam komuniti Muslim, tapi kalau kita merasa tertekan, hal itu hanya akan menyukarkan kita untuk maju,” papar Heseltine.

Beliau menegaskan, walaupun sebagai seorang muslim, dia masih merasa dirinya adalah sebahagian dari masyarakat Inggeris. Heseltine memerlukan beberapa ketika untuk menyesuaikan kedua identiti itu.

“Tapi sekarang, saya yakin untuk menjadi diri saya sendiri. Saya adalah dari dua dunia itu dan tidak seorang pun boleh merampas kedua dunia itu dari saya,” ujarnya.

Disaring dari artikel asal: http://www.eramuslim.com/berita/dakwah-mancanegara/kisah-mualaf-inggris-perceraian-tak-membuatnya-meninggalkan-islam.htm

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s