Seorang Miskin Membina Masjid Paling Aneh di Dunia

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

masjid_aneh turki

Foto: Masjid ini bentuknya amat sederhana tetapi jemaah membanjirinya walaupun belum masuk waktu solat.

Mungkin kita tidak percaya jika tidak melihat yang sebenarnya. Seorang yang tidak kaya, malah seorang yang miskin, tetapi mampu membina sebuah masjid di Turki. Nama masjidnya paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul ada seorang yang wara’ yang sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Ketika merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia berkata pada dirinya: “Anggap saja sudah makan”, yang dalam bahasa Turkinya “Shanke Yadem”.

Apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalam tabung. Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan berbelanja kecuali sekadar menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk membina sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar empat persegi , dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, dan di sebelah arah kiblat di tengahnya dibuat seperti mihrab.

Khairuddin berjaya mencapai cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya kehairanan; bagaimana Khairuddin yang miskin itu berjaya mencapai cita-citanya amat mulia, membina sebuah masjid. Tidak banyak orang yang tahu bahawa Khairudin adalah orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak mampu berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat tertanya-tanya apa gerangan yang dilakukan oleh Khiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritanya seorang yang miskin mampu membina masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka sepakat memberi nama masjid itu dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).

Subhanallah! Sekiranya orang-orang Muslim yang kaya dan mempunyai pendapatan yang banyak berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat dibangunkan? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa perlu meminjam dari pertubuhan dan negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Para jemaah masjid yang melimpah, tanda keberkatan dan amal sholeh dari harta yang halal dan bersih!

Kalaulah kaum Muslimin saat ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding mahligai di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu. Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkahan yang Allah bukakan dari langit dari bumi. Tetapi sayang, kenyataannya adalah sebaliknya. (Surah Al-A’raf, Ayat 96). Maka ambil pengajaranlah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sehat!

Note : Saringan Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/seorang-miskin-membangun-masjid-paling-aneh-di-dunia.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s