[Muat Turun Artikel – Format PDF]
Banyak sekali ayat al-Quran ataupun hadith-hadith Rasulullah yang menyatakan tentang perbandingan antara keutamaan dan kenikmatan kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia, yang mana akan didapati betapa jauhnya kemuliaan di antara keduanya, bahkan tidak sedikit adanya celaan terhadap kehidupan dunia. Akan tetapi celaan tersebut tidaklah ditujukan kepada siang dan malamnya, bumi tempat dunia ini berada, lautan, sungai-sungai, hutan dan lain-lain kerana semua itu adalah nikmat Allah bagi hamba-hamba-Nya, tetapi celaan itu ditujukan kepada tingkah laku anak Adam dan penghuninya terhadapnya. Allah Ta’ala berfirman: ”Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak…”. (Surah Al-Hadid, Ayat 20)
Continue reading